Anwar akan pengerusikan mesyuarat JKK-PPA mengenai kajian SSPA pada 7 Ogos
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar akan pengerusikan mesyuarat JKK-PPA mengenai kajian SSPA pada 7 Ogos


2 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) pada 7 Ogos ini untuk membincangkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).


Kajian SSPA adalah sebahagian daripada inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam yang selaras dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani, seperti yang diumumkan oleh perdana menteri baru-baru ini.


"JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan," kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut JPA, ia sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi hasil usaha yang digerakkan sejak 26 Julai lepas melalui beberapa sesi libat urus bersama kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan.


Cadangan itu merangkumi enam kluster iaitu keselamatan, kesihatan, pendidikan, sains dan teknologi, teknikal serta pengurusan.


JPA juga telah membangunkan portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam melalui laman sesawang [https://semakansaraan.jpa.gov.my].


Segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA tersebut.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page