top of page

Anwar berbincang dengan Elon Musk mengenai pelaburan dan internet satelit

Wartawan Nabalu News

15 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan secara maya bersama dengan pengasas dan ketua pegawai eksekutif SpaceX dan Tesla, Elon Musk, pada Jumaat.


Dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas pertemuan itu, Anwar mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat-syarikat milik Elon Musk di Malaysia, termasuk pembukaan ibu pejabat, pusat servis dan pusat pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla di Selangor pada tahun ini.


"Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.


"Saya turut mengucap tahniah dan dukungan Kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon Musk di Selangor pada tahun ini.


"Malaysia akan terus memperkasa komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau 'net-zero emissions' seawal-awalnya pada tahun 2050. Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem yang komprehensif, serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik," kata Anwar.


Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Elon Musk mengenai penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman.


"Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan," ujar Anwar.


Pertemuan itu turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page