Anwar: Dasar domestik kritikal bagi pengurusan ekonomi yang lebih baik
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar: Dasar domestik kritikal bagi pengurusan ekonomi yang lebih baik


6 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan dasar domestik yang kritikal dalam usaha kerajaan membangunkan kedudukan negara dan mengelakkan ketirisan dalam pengurusan ekonomi.


Beliau berkata kerajaan, terutama sekali Kementerian Kewangan, perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada tatakelola dan pengurusan ekonomi yang baik bagi mempercepat proses kelulusan pembangunan.


"Untuk keluarga Kementerian Kewangan, kita tidak boleh lari daripada fokus yang sedemikian," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.


Anwar juga berkata reformasi yang dilaksanakan dalam mengurangkan ketirisan dan meningkatkan tadbir urus membolehkan kerajaan memperkasakan bantuan kepada rakyat, termasuk penyelarasan gaji penjawat awam kerana ia memberikan keyakinan baharu dan mengiktiraf kebajikan rakyat.


Sementara itu, beliau berkata negara memerlukan ruang fiskal yang mencukupi bagi menjamin kesejahteraan dan pada masa yang sama, darjat hidup rakyat dapat ditingkatkan.


Terdahulu, dilaporkan bahawa kerajaan MADANI mendepani kekangan fiskal disebabkan hutang negara yang mencecah RM1.2 trilion iaitu hampir 65 peratus keluaran dalam negeri kasar.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page