Anwar gesa SPRM bertindak pantas bawa pulang setiap sen dana 1MDB
top of page
  • Farah Salim

Anwar gesa SPRM bertindak pantas bawa pulang setiap sen dana 1MDB



25 Mei 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya mengambil tindakan pantas membawa pulang setiap sen dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana ia melibatkan sikap individu berkenaan terhadap rasuah dan penyelewengan dana awam oleh penguasa perasuah.


“SPRM juga perlu terus membongkar dan bertindak ke atas petualang perompak dana rakyat tatkala pandemik menyerang sejak dua tahun lalu.


“Sikap tegas kita terhadap rasuah dan salahguna kuasa adalah cerminan integriti masyarakat yang tinggi dan tidak harus ada kompromi sama sekali dalam hal melibatkan integriti.


“Saya menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki terkait usaha untuk membawa pulang setiap sen dana syarikat 1Malaysia Development Berhad,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata, usaha untuk membawa pulangan setiap sen dana syarikat 1MDB yang diseleweng masih belum selesai.

Azam berkata, pada 2020, sejumlah RM14 bilion berjaya dituntut melalui kompaun dan penyelesaian daripada pelbagai pihak, manakala RM5.11 bilion lagi diperoleh pada tahun lalu.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page