top of page

Anwar Ibrahim sambut ulang tahun ke-78 hari ini

  • nabalunews
  • 16 hours ago
  • 2 min read

ree

10 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-78.


Limpahan doa dan ucapan istimewa daripada anggota Kabinet, pemimpin negeri, pegawai kanan kerajaan dan rakyat pelbagai kaum mencerminkan sokongan padu terhadap kepimpinan Anwar dalam menerajui reformasi Malaysia MADANI.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi hantaran di Facebook mendoakan agar Anwar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur panjang, dan kekuatan untuk terus memimpin negara ke arah Malaysia MADANI yang adil, makmur, dan sejahtera.


Dalam hantaran sama, PMO turut berkongsi klip video ringkas berdurasi 43 saat memaparkan kepimpinan Perdana Menteri termasuk pertemuan dengan pimpinan tinggi negara luar.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan ringkas namun bermakna, mendoakan agar Perdana Menteri sentiasa dalam rahmat Allah SWT.


“Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati PMX dalam setiap langkah kehidupan. Saya doakan PMX dikurniakan keafiatan untuk terus memimpin Malaysia MADANI yang gemilang,” katanya.


Ucapan sama turut dizahirkan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan menyifatkan Perdana Menteri sebagai sambil inspirasi kepimpinan yang berprinsip, berintegriti dan dekat di hati rakyat.


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan beliau yang penuh hikmah.


"Doa kami agar setiap langkah YAB sentiasa dipandu petunjuk Ilahi, dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Terima kasih atas kepimpinan yang penuh kebijaksanaan dan kesungguhan dalam membina Malaysia MADANI," katanya.


Laman sosial Facebook Jabatan Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran dan mendoakan Anwar usia yang berkat, dipermudah segala urusan dan sentiasa dalam rahmat SWT.


“Kami turut mendoakan agar terus cekal dan sihat sejahtera dalam menakhoda negara ke arah kegemilangan Malaysia MADANI,” katanya.


Ucapan selamat ulang tahun kelahiran dan doa daripada rakyat pelbagai kaum dan latar belakang turut membanjiri media sosial Perdana Menteri.


Sementara itu, Anwar menzahirkan penghargaan terhadap ucapan dan doa sempena hari istimewa itu dengan hantaran ringkas di Facebook, “Terima kasih atas doa dan ingatan”.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page