Awang Sitar Menang Isuzu D-Max sempena Pertandingan Akhir MAGGI®️ Jom Masak & Menang
- nabalunews
- 4 hours ago
- 3 min read

11 Ogos 2025
PENAMPANG: Bekas pemilik gerai makanan, Awang Hisham Sitar memenangi hadiah utama Isuzu D-Max sempena Pertandingan Akhir MAGGI®️ Jom Masak & Menang, yang berlangsung di ITCC, di sini, semalam.
Awang Sitar dari Kampung Likas berusia 42 tahun menewaskan lima peserta lain, termasuk naib juara menerima hadiah peralatan memasak berjenama bernilai RM3,000. Lima peserta akhir seterusnya juga menerima peralatan memasak berjenama bernilai RM1,500 setiap seorang.
Dahulunya seorang pemilik gerai makanan, Awang Hisham telah beralih menjadi surirumah sepenuh masa, mendedikasikan hidupnya untuk membesarkan dan menjaga tiga orang anaknya.

Selain itu, sebagai sebahagian daripada peraduan ‘Jom Masak & Menang Bersama, MAGGI®️ telah menyumbang RM0.10 bagi setiap pembelian produk MAGGI®️ dari 1 Mei hingga 30 Jun 2025.
Sejumlah RM15,000 telah disalurkan kepada PACOS Trust Sabah, sebuah organisasi yang menyokong wanita dan komuniti orang asal melalui usaha pemerkasaan di seluruh negeri.
Sebagai tanda penghormatan dalam menghidupkan tradisi dan semangat kemasyarakatan pada musim Pesta Kaamatan di Sabah, MAGGI®️ telah menganjurkan kempen yang memberi tumpuan kepada tukang masak dan makanan tempatan yang disediakan sempena perayaan.
Ia sejajar dengan tema ‘Memberi Penghormatan Kepada Tukang Masak Di Sebalik Tabir Perayaan’. Pertandingan akhir kempen ‘Jom Masak & enang Bersama’ menghimpunkan tukang masak di rumah, ahli keluarga, penggemar makanan dan orang ramai dengan penuh keterujaan bagi menikmati juadah yang menyelerakan dalam suasana penuh kemeriahan.
Setiap tahun MAGGI®️ meraikan warisan kulinari Sabah bersempena sambutan Pesta Kaamatan menerusi pengalaman menarik yang bertumpukan minat komuniti terhadap makanan dan detik-detik bermakna yang dikongsi bersama dalam kalangan masyarakat.
Sebagai teman sejati di dapur rumah penduduk Sabah yang sebati dalam budaya dan warisan tempatan, MAGGI®️ bukan sahaja menghubungkan sesama insan dan mengeratkan silaturrahim menerusi makanan, ianya juga memperkasakan komuniti dengan menyokong usaha masyarakat setempat dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).
Setelah menjelajah Sabah selama dua bulan, tujuh peserta akhir dipilih untuk bertarung dan mempamerkan kemahiran kulinari masing-masing dalam pertandingan memasak bertemakan “Warisan Cita Rasa Sabah”.
Setiap peserta dicabar untuk mencipta hidangan menggunakan kotak misteri yang mengandungi bahan-bahan tempatan seperti Jeruk Bambangan –mengetengahkan cita rasa dan tradisi yang melambangkan kepelbagaian dan kekayaan warisan makanan Sabah.
Berdasarkan hidangan yang disediakan, barisan juri telah memilih tiga peserta terbaik untuk mara ke pusingan kedua bagi cabaran deria rasa, di mana mereka perlu mengenal pasti lima ramuan misteri. Peserta yang berjaya mengenal pasti lima ramuan tersebut secara tepat telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama.
Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah, Datuk Jannie Lasimbang yang menjadi tetamu kehormat majois itu berkata, Pesta Kaamatan merupakan masa untuk bersama, berkongsi kegembiraan, dan meraikannya bersama juadah yang enak. Selama lebih dua dekad, MAGGI®️ telah bersama-sama kami dalam menyambut perayaan ini.
“Selain menghargai budaya dan warisan unik Sabah, saya juga memuji usaha berterusan MAGGI®️ dalam menyokong masyarakat tempatan dan saya berharap kerjasama yang bermakna ini akan diperkukuhkan lagi pada masa hadapan,” katanya.
Sementara itu, Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®️, Malaysia dan Singapura berkata, pihaknya amat menghargai sokongan daripada penduduk Sabah dan berbesar hati kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kehidupan dan sambutan perayaan mereka setiap tahun.
“Menerusi kerjasama bermakna dan sumbangan ikhlas sempena sambutan Pesta Kaamatan, MAGGI®️ menyantuni komuniti yang memerlukan, supaya mereka melangkah maju dalam kehidupan,” katanya.
Ivy berkata, bagi memeriahkan lagi sambutan tahun ini, MAGGI®️ telah memberi penghormatan kepada hidangan kegemaran rakyat Malaysia - MAGGI®️ Kari-lah, perasa yang menghidupkan setiap deria.
Katanya, MAGGI®️ Kari merupakan ikon budaya yang sinonim dengan rasa ramuan dari 12 rempah yang konsisten, penuh berperisa dan menyelerakan. Aroma tersendiri dan cita rasa yang menambat selera ini menyatukan rakyat Malaysia merentasi generasi, negeri dan perayaan sejak sekian lamanya.
Katanya, Karnival MAGGI®️ Kari-lah mencatatkan kejayaan sebagai acara sulung yang diadakan di seluruh Sabah dan Sarawak dalam menghidupkan cita rasa dan semangat perpaduan. Sambutan bergerak ini menghimpunkan penduduk Sabah untuk mengimbas kembali kemesraan dan keceriaan yang dibawakan oleh sajian ikonik ini.
Para pengunjung dari segenap lapisan masyarakat berpeluang menyertai pengalaman pelbagai deria yang mengetengahkan perjalanan MAGGI®️ Kari-lah, dengan lima zon interaktif berinsipirasikan rasa, aroma, tekstur, bunyi dan penglihatan.
Di samping itu, aktiviti lain yang turut diadakan termasuk demonstrasi memasak Kerabu MAGGI®️ Latok dan MAGGI®️ Kari Jeruk Bambangan oleh chef-chef residen MAGGI®️, Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin dan Chef Muhammad Hakimi Badrul Hisham, yang menggunakan bahan dan ramuan tempatan dengan perencah popular MAGGI®️, serta persembahan penuh bertenaga, permainan interaktif dan aktiviti menyeronokkan untuk dinikmati orang ramai sempena sambutan Pesta Kaamatan yang penuh bermakna.
Comments