top of page

Ivy Miko Ryan Terima Sumbangan Touchpoint daripada ADUN N11 Kadamaian

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ree

11 Ogos 2025


KOTA BELUD: Kakitangan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Hadlee Panchai, hari ini mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, bagi menyampaikan sumbangan Touchpoint kepada pesakit terlantar, Ivy Miko Ryan Salimin.


Ivy, yang terlibat dalam satu kemalangan dan kini memerlukan rawatan berterusan, menerima sumbangan tersebut bagi tujuan pembelian hos khas yang perlu dimasukkan melalui leher sebagai saluran pengeluaran kahak.


Hos ini merupakan keperluan kritikal dan perlu diganti setiap enam bulan bagi memastikan tahap kesihatan pesakit kekal stabil.


Majlis penyampaian sumbangan telah berlangsung di Pejabat ADUN Kadamaian dan turut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Podos, Soumin Sadah, yang mewakili pihak penerima.


Inisiatif Touchpoint ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ADUN Kadamaian dalam membantu rakyat, khususnya di kawasan luar bandar yang memerlukan bantuan perubatan segera dan berterusan.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page