top of page

Anwar kecewa pertembungan PH-Muda di DUN Larkin

  • Nur Syafiqah Abdullah
  • Feb 26, 2022
  • 1 min read

ree

26 Feb 2022

Oleh Nur Syafiqah Abdullah


PORT DICKSON: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Anwar Ibrahim kecewa pertembungan calon PH yang diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.


Anwar yang juga Presiden PKR berkata, sebelum ini parti gabungan PH telah mengambil kesepakatan dalam pembahagian kerusi bagaimanapun timbul masalah di DUN Larkin membabitkan Muda.


“Saya fikir rakyat harus menilai kedudukan yang sebenar, bahawa kita perlu satu pembangkang yang kuat dan konsisten yang tidak boleh disogok atau dibeli. Setakat ini kita kerja untuk kawasan PKR, DAP dan Amanah,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas program Santai Petang Belia Malaysia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, hari ini.


Kerusi DUN Larkin menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PKR, Muda, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan calon Bebas.


Calon-calon berkenaan ialah Rasid Abu Bakar mewakili Muda, Dr Zamil Najwah Arbain (PKR), Hairi Md Shah (BN), Zulkifli Bujang (PN), Norramadan Buan (Bebas) dan Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang).


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page