Anwar: Keluarga harmoni asas pemimpin yang baik
- Wartawan Nabalu News
- Nov 4, 2023
- 1 min read

4 November 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keupayaan seseorang pemimpin dinilai dari kejayaan membentuk institusi keluarga yang harmoni dan mengasihi.
Beliau berkata, seorang yang tidak berjaya membentuk keluarga akan dilihat tidak mampu menjadi pemimpin yang baik dan menjadi contoh kepada masyarakat.
Jelas beliau, masyarakat Malaysia telah dilatih dari institusi keluarga untuk berkasih sayang dan bersifat rahmah.
"Kadang-kadang orang nilai keupayaan ketua masyarakat, baik penghulu atau ketua kampung apa lagi menteri dinilai juga dari sudut keupayaan mengawal, mendidik, mengasuh, mengasihi keluarga sebagai contoh.
“Kalau keluarganya porak peranda, sukar nak dibentuk masyarakat, kalau keluarganya porak peranda sukar diatur negara kerana orang ini keupayaan menjadi contoh," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.
Tambah beliau, sesebuah negara akan menjadi hebat sekiranya nilai-nilai murni dipupuk bermula dari institusi keluarga.















Comments