Anwar: Kerajaan komited untuk meluluskan pelaburan luar negara dengan segera Anwar: Kerajaan komited untuk meluluskan pelaburan luar negara dengan segera
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar: Kerajaan komited untuk meluluskan pelaburan luar negara dengan segera


10 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Proses kelulusan projek pelaburan luar negara di Malaysia akan disegerakan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, perubahan ini perlu kerana terdapat kebimbangan yang disuarakan berhubung projek-projek berkenaan.


Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata bahawa kerajaan akan menubuhkan 'one stop centre' di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Jawatankuasa Pelaburan dan Perdagangan di bawah Menteri MITI, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri.


"Ini akan memastikan projek itu diluluskan dengan kadar segera," katanya pada sesi jawab lisan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) yang meminta beliau menyatakan hasil lawatan ke luar negara termasuk hasil pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page