top of page

Anwar nasihat stesen minyak tambah baik kemudahan bagi keselesaan orang awam

nabalunews



26 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menasihatkan syarikat-syarikat penyedia stesen minyak agar mempertingkatkan kemudahan di kawasan masing-masing demi manfaat orang ramai.


Beliau menyatakan keyakinannya bahawa usaha menambah baik kemudahan ini akan membawa peningkatan dalam kualiti perkhidmatan serta mewujudkan suasana yang lebih bersih dan selesa untuk orang awam.


“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, (Putrajaya) termasuk daripada segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam. Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.


“Saya percaya masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih,” katanya

menerusi hantaran di Facebook, pada Jumaat.


Menerusi video yang dimuat naik dalam hantaran itu, Anwar berkata walaupun keadaan jauh lebih baik ketika ini, Petronas harus meningkatkan lagi mutu pengurusan termasuk kemudahan surau kerana ia digunakan oleh jutaan rakyat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page