Anwar: Pengundi muda tentukan masa depan negara
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar: Pengundi muda tentukan masa depan negara


6 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun untuk menggunakan kuasa undi mereka dengan bijak bagi menentukan masa depan negara terutama sekali pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.


Beliau berkata, pengundi muda berkenaan mempunyai pengaruh besar dalam mencorakkan corak politik dan arah tuju negara, sama ada yang inklusif, progresif dan berdaya saing atau sebaliknya.


“Sebab itu saya harap anak-anak muda membuat keputusan yang bijak dan pastikan masa depan anda terjamin, sebab anda yang akan menentukan apa yang anda mahukan untuk masa depan,” katanya pada program Temu Anwar: Bicara Pendidikan Madani di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, di sini kelmarin.


Dalam pada itu, beliau turut memberi respond kepada soalan seorang penuntut yang bertanyakan sama ada undi golongan muda yang akan mengundi kali pertama boleh mengubah landskap politik negara.


Anwar berkata, dari sudut kerajaan, pihaknya akan terus berusaha untuk membawa lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara seterusnya memastikan generasi muda mendapat peluang pekerjaan.


Jelas Anwar, samada kelompok pengundi muda itu mahukan sebuah negara dengan keterlibatan semua kaum yang memiliki dasar ekonomi yang jelas serta mampu menarik pelaburan sekali gus dapat menjamin masa depan mereka.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page