top of page

Anwar puji prestasi, semangat perpaduan atlet pada SUKMA 2024

  • nabalunews
  • Aug 24, 2024
  • 1 min read

24 Ogos 2024


KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji prestasi cemerlang dan luar biasa dipamerkan semua atlet yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.


Beliau berkata semangat juang tinggi yang dipamerkan setiap atlet bertanding telah berjaya membawa kepada kejayaan memecahkan beberapa rekod kebangsaan dan temasya kali ini.


Anwar berkata lebih membanggakan, di sebalik perjuangan untuk meraih kemenangan dalam acara yang ditandingi, para atlet tetap bersaing dengan semangat perpaduan dan menjalin hubungan akrab dalam kalangan atlet dari kontinjen lain.


"Semangat kesukanan dan perpaduan yang sangat hebat ini yang kita hendak pupuk. Kadang-kadang kita dengar ada (sukan) di antara negeri, jabatan, wilayah, sekolah dan universiti terlalu sengit.


"Semangat ini perlu dikekalkan dan ini yang disebut sebagai ihsan dalam MADANI, tahniah anak Sarawak dan semua kontinjen kerana menunjukkan perpaduan yang sangat tinggi," katanya seperti dilaporkan Bernama.


Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutupan SUKMA 2024 di Stadium Perpaduan di sini, malam ini.


Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page