Anwar sahut cabaran Najib untuk berdebat
top of page
  • Farah Salim

Anwar sahut cabaran Najib untuk berdebat



4 April 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia menyahut cabaran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).


Dalam kenyataan media hari ini, Anwar berkata, beliau bersedia berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa.


“Saya ambil maklum lontaran cabaran debat dari mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.


“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut.

“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela,” kata Anwar.


Sementara itu Najib menyahut cabaran debat terbuka dengan Anwar.


“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock!,” katanya dalam perkongsian melalui Facebooknya, hari ini.


Najib turut meminta supaya pasukan Anwar dan Rafizi mengatur media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan secara langsung.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page