Anwar sambut baik saranan G70 untuk Malaysia MADANI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar sambut baik saranan G70 untuk Malaysia MADANI


5 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk menerjemahkan saranan Pertubuhan Profesor G70 (G70) kepada tindakan bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia MADANI kepada rakyat dan negara.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat G70 yang diketuai Penasihatnya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar di pejabat beliau di sini, semalam.


Dalam pertemuan itu, Anwar mendengar dan meneliti saranan G70 yang bertujuan untuk membantu serta memberikan naratif yang positif untuk kefahaman dan aplikasi menyeluruh terhadap usaha Malaysia MADANI.


"Saya menyambut baik dan meraikan segala bentuk idea dan syor bagi merealisasikan impak dan aplikasi Malaysia MADANI kepada rakyat Malaysia, pelbagai peringkat umur dan taraf kehidupan," katanya dalam catatan di Facebook beliau.


Beliau turut meminta semua pihak meneruskan usaha berkarya dan berbakti untuk kebaikan bersama.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page