top of page
Wartawan Nabalu News

Anwar: Sambutan hari kebangsaan tunjuk semangat perpaduan rakyat


31 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.


Beliau berkata, sambutan itu menunjukkan kemeriahan dan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang mencintai negara mereka.


Beliau juga menyeru rakyat untuk terus memperteguh semangat merdeka dan menghargai kemerdekaan serta kedaulatan negara.


"Saya dan Jemaah Menteri bersama mengiringi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketemu rakyat pelbagai kaum yang bersama dalam acara ini sedari semalam. Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia," katanya dalam catatan di Facebooknya.


Anwar juga memuji semua peserta yang terlibat dalam sesi perbarisan, pertunjukan udara dan persembahan sepanjang sambutan berlangsung.


"Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat. Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini," tambahnya.


Dalam sambutan tersebut, lebih 100,000 rakyat hadir dalam sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada Khamis.


Comments


bottom of page