top of page

Pencarian MH370 disambung semula hujung tahun ini

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

3 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Usaha pencarian pesawat MH370 kembali digerakkan apabila kerajaan mengumumkan operasi pencarian dasar laut di kawasan Lautan Hindi Selatan akan disambung semula pada 30 Disember ini.


Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pengangkutan memaklumkan syarikat Ocean Infinity telah mengesahkan penyambungan operasi dasar laut itu, yang akan berlangsung selama 55 hari dan dijalankan secara berperingkat.


“Pencarian akan dilakukan di kawasan sasaran yang dikenal pasti mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk menemui pesawat tersebut.

ree

“Ia selaras dengan perjanjian perkhidmatan yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity pada 25 Mac 2025,” menurut kenyataan itu.


Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa perkembangan terkini itu menegaskan komitmen kerajaan Malaysia untuk memberikan penutupan kepada keluarga yang terkesan akibat tragedi tersebut.


Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.


Meskipun operasi pencarian, iaitu antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan, telah dilakukan secara bersama oleh Malaysia, Australia dan China, pesawat itu gagal dikesan dalam zon pencarian utama di selatan Lautan Hindi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page