Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

3 Disember 2025
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang kini sedang diperincikan.
“Tanggungjawab tambahan itu akan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri," menurut kenyataan itu.
Pelantikan Tengku Zafrul sebagai pengerusi MIDA itu dibuat selepas tempoh lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara berakhir, sekali gus menutup tirai dua penggal dia sebagai menteri.
Tengku Zafrul sebelum ini dilantik sebagai Senator bagi penggal pertama pada Mac 2020 bagi menjawat jawatan Menteri Kewangan, seterusnya pada Disember 2022 memulakan penggal kedua sebagai Senator sebagai Menteri MITI.


















Comments