Anwar seru rakyat untuk sentiasa hargai ibu
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Anwar seru rakyat untuk sentiasa hargai ibu


15 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia yang masih mempunyai ibu untuk menjaga dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.


Beliau mengajak rakyat supaya sentiasa menghargai pengorbanan serta jasa yang dicurahkan insan bergelar ibu.


“Sumbangan, latihan, pendedahan, menjadi tempat mengadu dan kasih mereka itu sukar diganti. Yang ada isteri yang juga ibu kepada anak-anak, tunjuklah kasih sayang kepada mereka,” katanya.


Anwar berkata demikian sempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 14 Mei setiap tahun.


Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat untuk mendoakan ibu-ibu yang telah meninggal dunia.


“Yang telah meninggalkan kita, pastikan kita sentiasa mendoakan mereka dan semoga Allah memberikan keampunan dan kasih sayang kepada mereka,” ujarnya.


Anwar juga berkongsi pengalaman peribadinya ketika kehilangan ibunya semasa beliau berada di penjara.


“Kalaupun ada sekali saya menangis ialah ketika saya puluhan tahun dalam penjara, ibu saya meninggal dunia dan saya meringkuk di dalam penjara,” katanya sambil menitiskan air mata.




photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page