top of page

Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo

  • nabalunews
  • Oct 20, 2024
  • 1 min read

20 Oktober 2024


JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka atas pelantikannya sebagai Presiden serta Naib Presiden Indonesia yang baharu hari ini.


Anwar berkata, beliau yakin bahawa Prabowo akan berkhidmat sepenuh hati dan akan turut sama dengan Malaysia membangun kerukunan serta mengangkat martabat rantau ini ke tahap yang lebih baik.


"Insya-ALLAH, Malaysia akan terus menjadi rakan strategik Indonesia selain meningkatkan jambatan rasa dan ikatan persahabatan kedua negara bersaudara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.


Presiden Prabowo Subianto mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029 di Parlimen Indonesia pada Ahad.


Lafaz sumpah di hadapan anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) juga dihadiri para tokoh nasional, pemimpin parti politik dan pihak kedutaan.


Anwar hadir bersama dalam majlis yang penuh bermakna dan penting itu dalam konteks tinta sejarah demokrasi Indonesia serta perkembangan politik serantau selain sebagai tanda penghormatan buat masyarakat sana.


Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden Republik Indonesia (RI) ke-7, Joko Widodo atas sumbangan dan kerjasama yang terus dihulurkan kepada Malaysia sepanjang menjadi ketua sejak 2014 hingga 20 Oktober 2024.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page