top of page

Anwar ucap tahniah kepada Sanae Takaichi, Perdana Menteri wanita pertama Jepun

  • nabalunews
  • 10 hours ago
  • 1 min read

ree

21 Oktober 2025


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada kepada Sanae Takaichi atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri wanita pertama Jepun.


Dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Anwar menyifatkan pelantikan Takaichi sebagai detik bersejarah dalam landskap politik negara matahari terbit itu.


“Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sanae Takaichi atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Jepun.


"Pelantikan Takaichi mencerminkan keteguhan tekad beliau serta evolusi demokrasi Jepun yang semakin matang,” katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Jepun, yang telah terjalin erat selama lebih enam dekad.


“Malaysia menghargai hubungan rakan strategik komprehensif dengan Jepun yang dibina atas asas kepercayaan, inovasi dan komitmen bersama terhadap kestabilan serantau serta pertumbuhan mampan,” katanya.


Anwar juga menyatakan beliau menantikan kehadiran Takaichi ke Kuala Lumpur minggu hadapan sempena Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.


Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, atas lawatannya ke Malaysia awal tahun ini yang disifatkan mempererat hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page