top of page

Anwar Ziarah Keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

  • nabalunews
  • 4m
  • 1 min read

ree

6 Disember 2025


KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, hari ini.


Anwar yang ditemani Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menziarahi keluarga arwah dan menyampaikan ucapan takziah serta mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian kehilangan orang tersayang.


Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham Bung Moktar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.


Terdahulu ketika memulakan ucapan pada Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Sabah, Anwar melahirkan ucapan takziah dan berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan roh beliau diberi rahmat, diangkat sebagai para solehin dan memohon agar keluarganya bersabar menempuh ujian ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page