Apa agenda tersembunyi kerajaan hapuskan 40 peratus hasil pungutan cukai? Pemuda UPKO
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Apa agenda tersembunyi kerajaan hapuskan 40 peratus hasil pungutan cukai? Pemuda UPKO


Felix Joseph Saang

23 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mempersoalkan ‘kejujuran’ kerajaan untuk menyelesaikan pelbagai janji kepada rakyat Sabah termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Ketuanya Felix Joseph Saang berkata, rakyat Sabah mahu janji menyelesaikan isu MA63 itu benar-benar dilaksanakan bukan sekadar janji di atas kertas dan dibibir sahaja.


“Sebelum ini, kita dijanjikan oleh para pemimpin daripada GRS, PN dan BN bahawa isu MA63 akan diselesaikan apabila mereka menjadi kerajaan dan ada diantara mereka menjanjikan MA63 akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.


“Malangnya, belum pun selesai isu MA63, timbul lagi isu pemberian khas 40 peratus hasil negeri Sabah. Baru-baru ini kita dikejutkan apabila Menteri Kewangan menyatakan di Parlimen bahawa hak Sabah untuk menerima 40 peratus daripada hasil bersih negeri Sabah yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan tidak lagi diguna pakai.


“Kita mahu bertanya apa agenda belakang tabir yang dimainkan oleh Kerajaan hari ini? Rakyat Sabah tuntut penjelasan daripada kerajaan mengapa pemberian khas itu tidak lagi terpakai seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Felix yang juga Ketua Bahagian UPKO Beluran berkata, perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak seharusnya diubah sesuka hati. Jika pemberian khas itu dihapuskan, ianya merupakan satu pencabulan dan pengkhianatan besar kepada Sabah.


Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr.Maximus Ongliki baru-baru ini berkata, isu itu akan dibincangkan dalam mesyurat Jawatankuasa Majlis Khas MA63 selepas selesai persidangan Dewan Rakyat penggal kali ini bagi membincangkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC).


Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, formula 40 peratus pemberian hasil Sabah tidak lagi terpakai kerana kajian semula ke atas Pemberian Khas telah dijalankan dan dipersetujui bersama di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 1969 hingga 1973 dan kadar Pemberian Khas tersebut berkuat kuasa sehingga kini.


Felix berkata, kenyataan Tengku Zafrul dan Maximus mengenai perkara itu amat bercanggah dan mengelirukan rakyat Sabah.


"Menteri Kewangan menyatakan bahawa pemberian khas itu tidak lagi terpakai. Bagaimanapun Maximus sebaliknya menyatakan, isu itu masih belum muktamad dan akan dibincangkan dalam mensyuarat Jawatankuasa Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page