top of page

Kemudahan, Infrastruktur Jeti Pelancongan Perlu Diselenggara

  • nabalunews
  • Dec 8, 2025
  • 1 min read

7 Disember 2025


KOTA KINABALU: Beberapa kemudahan dan infrastruktur jeti pelancongan sekitar bandar raya ini memerlukan penyelenggaraan segera bagi meningkatkan keselesaan dan keselamatan pelancong, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.


Jafry yang mengadakan lawatan ke beberapa jeti pelancongan berkenaan hari ini berkata keadaan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia turut membabitkan keselamatan dan kebajikan pegawai serta petugas di kawasan konservasi pelancongan.


"Hal ini adalah isu keselamatan dan saya mahu tindakan segera. Petugas di pulau-pulau juga perlu mempunyai penempatan selamat dan kondusif," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata lawatan berkenaan antaranya di Jesselton Point, Jeti Taman-Taman Sabah serta South Jetty milik Suria Capital yang sedang dalam proses pembinaan dengan kos dianggar RM20 juta.-BERNAMA

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page