top of page

Apresiasi Kecemerlangan SEMENANG Dirasmikan Wakil Menteri

  • nabalunews
  • Jul 25, 2025
  • 1 min read

25 Julai 2025


KOTA BELUD : Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian, Caryle Lajimin, telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.11 Kadamaian, untuk merasmikan Majlis Apresiasi Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM) 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang, Kota Belud.


Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah tahun 2024, yang terdiri daripada para pelajar serta guru-guru SMK Narinang (SEMENANG).


Beliau turut memuji komitmen dan ketabahan warga SEMENANG yang terus unggul dalam mencipta kejayaan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kecemerlangan dalam bidang akademik, HEM dan kokurikulum ini diyakini mampu membentuk warga sekolah yang berwibawa, berakhlak mulia serta cemerlang dalam semua aspek pendidikan.

Menurutnya lagi, budaya kecemerlangan perlu sentiasa dipupuk agar dapat membina semangat persaingan sihat dalam kalangan pelajar, seterusnya melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, sahsiah dan kerohanian.


“Saya berharap kejayaan yang diraikan hari ini menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk terus melangkah ke menara gading, dan akhirnya menyumbang kepada pembangunan negara sebagai individu yang berpendidikan, berkemahiran dan profesional,” katanya.


Sebagai tanda sokongan berterusan, beliau turut menyerahkan sumbangan kepada Tabung PIBG SMK Narinang bagi memperkasa kemudahan dan kebajikan warga sekolah.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah ini turut mendapat sambutan hangat daripada seluruh warga sekolah serta ibu bapa yang hadir.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page