top of page

‘ATI CAMPVIBES 2026’ - Satukan Pelajar Tempatan dan Antarabangsa

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 2 min read

3 Februari 2026


KOTA BELUD: 'Outdoor And Adventure Club' dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) Asian Tourism International College (ATIC) Kota Kinabalu telah menganjurkan satu program perkhemahan bertajuk ‘ATI CAMPVIBES' pada 31 Januari hingga 1 Februari 2026 yang lalu di Eco-Camp Bayayat, Kadamaian, Kota Belud.


Ketua program, Sul Dixon Sepiar, yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perhotelan berkata, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah permainan mini, pesta barbeku serta persembahan bakat oleh para peserta.


Menurutnya, program tersebut dianjurkan bagi menyemarakkan permulaan semester dan tahun baharu dengan pengisian santai serta menyeronokkan berteraskan aktiviti luar.

Seramai 29 orang yang terdiri daripada empat kakitangan dan 25 pelajar, termasuk lima pelajar antarabangsa, telah menyertai perkhemahan ini. Ia bertujuan memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan alam, melakukan aktiviti rekreasi, dan mengukuhkan ikatan persahabatan.


Menurut penganjur, ATI CAMPVIBES 2026 juga berperanan sebagai platform untuk menggalakkan interaksi antara pelajar tempatan dan antarabangsa, sekaligus mewujudkan persekitaran kampus yang lebih harmoni dan inklusif.


Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kelab serta memperkukuh kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan ahli SRC melalui pengalaman merancang dan mengendalikan aktiviti perkhemahan.

Sementara itu, Pensyarah ATIC, Sufira Ahmad Shah berkata, penganjuran program seumpama ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar tempatan dan antarabangsa.


“Seramai 29 peserta yang terdiri daripada empat kakitangan dan 25 pelajar, termasuk lima pelajar antarabangsa, telah menyertai perkhemahan ini. Ia bertujuan memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan alam semula jadi, menjalankan aktiviti rekreasi serta mengukuhkan ikatan persahabatan,” katanya.


Tambah beliau, ATI CAMPVIBES 2026 juga berperanan sebagai platform untuk menggalakkan interaksi antara pelajar tempatan dan antarabangsa, sekali gus mewujudkan persekitaran kampus yang lebih harmoni dan inklusif.

Menurutnya lagi, program ini turut bertujuan meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kelab serta memperkukuh kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan ahli SRC melalui pengalaman merancang dan mengendalikan aktiviti perkhemahan


“Program ini juga menunjukkan komitmen kolej dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki kemahiran interpersonal seperti komunikasi dan penganjuran program yang amat diperlukan dalam pasaran kerja,” katanya.


Penganjuran ATI CAMPVIBES 2026 diharap dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta di samping menyemai nilai kerjasama, kepimpinan serta kecintaan terhadap alam sekitar

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page