Autism Fun Run 2026 Perkasa Kesedaran dan Sokongan Komuniti Autisme
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

9 April 2026
KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput menyertai program Autism Fun Run 2026 yang akan berlangsung pada 19 April ini di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program yang dianjurkan oleh Lembaga Pelawat Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan dengan kerjasama UMS melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme serta memberi sokongan kepada kanak-kanak yang terlibat.
Penganjuran acara berbentuk riadah itu dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, keluarga serta komuniti setempat dalam suasana santai dan penuh makna.
Program itu juga turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesedaran autisme, booth aktiviti interaktif, pemeriksaan kesihatan serta aktiviti sukan santai seperti sepakan penalti bola sepak.
Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui pautan
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urusetia program di talian 011-51840572 atau 016-8206984.
Program ini diharapkan dapat menjadi medium penyatuan komuniti serta meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sokongan berterusan terhadap golongan autisme di negeri ini.















Comments