Azmin Letak Jawatan Setiausaha Agung PN
- nabalunews
- 2 minutes ago
- 1 min read

30 Disember 2025
KUALA LUMPUR: Susulan peletakan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa 1 Januari depan.
Azmin berkata, keputusan itu dibuat susulan pelantikannya sebelum ini adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional bermula 1 Januari 2026.
“Saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh memegang jawatan berkenaan.
Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan melepaskan jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari ini.
Tindakan Muhyiddin itu turut disusuli peletakan jawatan Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahrudin Jamal pagi tadi.


















Comments