top of page

Baik pulih astaka Kg Lasau Lama siap sepenuhnya

  • nabalunews
  • Nov 7, 2024
  • 1 min read

7 November 2024


KOTA BELUD: Projek baik pulih astaka di padang Kampung Lasau Lama telah siap sepenuhnya pada 3 Oktober lalu.


Pada hari ini, Clarence Somuil, Pemaju Masyarakat dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, melakukan tinjauan ke astaka itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lasau Lama, Judin Roslan.


Menurut Judin, kerja baik pulih astaka ini dilakukan melalui gotong-royong oleh komuniti setempat.


Projek ini turut menerima sokongan penuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Ewon telah menyalurkan peruntukan khas bagi membaik pulih astaka yang uzur ini, demi kesejahteraan penduduk Kampung Lasau Lama.


"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Ewon kerana memberikan perhatian terhadap keperluan masyarakat kampung kami," kata Judin.


“Dengan siapnya astaka ini, ia akan memberi kemudahan yang selesa untuk belia, beliawanis, dan komuniti kampung dalam menjalankan aktiviti riadah serta pelbagai program di padang Lasau Lama.”


Clarence juga memuji komitmen Ewon yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat Kadamaian.


"Kesungguhan beliau dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat di sini amat dihargai dan membuktikan usaha berterusan untuk memajukan kawasan ini," ujarnya.


Projek ini menjadi simbol perpaduan dan usaha sama komuniti Kampung Lasau Lama dalam merealisasikan kemudahan yang lebih baik bagi generasi kini dan akan datang.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page