Bajet 2022: Kerajaan beri diskaun bayaran balik pinjaman PTPTNBajet 2022: Kerajaan beri diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bajet 2022: Kerajaan beri diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN


29 Okt 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian diskaun itu meliputi diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual. Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM450 juta. “Hal ini bagi memastikan proses pengajian pelajar B40 terus terpelihara. Insya-Allah, seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya ketika membentangkan bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut beliau kerajaan juga bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022. Di samping itu, kerajaan juga menyediakan RM 6.6 bilion kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi-agensi berkaitan dengan memberikan tumpuan kepada usaha memenuhi keperluan industri semasa. “Sehubungan itu, peruntukan tambahan 200 juta ringgit disediakan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industry,” katanya. Tambah Tengku Zafrul lagi, sbanyak RM 14.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam bajet 2022.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page