Bajet 2022 tidak selesaikan masalah doktor kontrak - hartal
2 Nov 2021
Oleh Nur Syafiqah Abdullah
KUALA LUMPUR: Gerakan Hartal Doktor Kontrak menzahirkan rasa kecewa terhadap Bajet 2022 yang masih tidak menyentuh penyelesaian menyeluruh bagi doktor kontrak di Malaysia.
Bajet 2022 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Aziz baru-baru ini menyatakan pelantikan secara kontrak bagi pegawai perubatan, pergigian dan farmasi akan disambung khidmat selama maksimum empat tahun.
“Isu doktor kontrak dan masalah sistem kesihatan kita, yang akan menggadaikan masa depan kesihatan rakyat, rupanya tidak dipandang serius oleh Menteri Kewangan.
“Gerakan Hartal Doktor Kontrak merasakan tiada langkah tanggungjawab penuh diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini,” kata hartal itu dalm satu kenyataan media, semalam.
Mereka menyifatkan tawaran yang diberikan itu tidak mask akal dan “hanyalah sebuah langkah membuang masa.”
“Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) langsung tidak memberikan sebarang bantahan kepada Kementerian Kewangan berkenaan isu ini bagi membela hak para doktor kontrak.
“Lima tahun dalam perbincangan, mash tiada
penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan KWSP yang seringkali diwar-warkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara,” tambah mereka.
Hartal itu turut merasakan bahawa pengorbanan para doktor kontrak berhempas pulas melawan COVID-19 tidak dihargai.
“Dengan ini kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai tanda protes.”
Comments