top of page

Balai Polis Tuaran Tingkatkan Kawalan Keselamatan di Premis Perniagaan

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


10 Mac 2026


TUARAN: Anggota Balai Polis Tuaran giat menjalankan rondaan cegah jenayah dengan menumpukan lawatan ke premis-premis perniagaan berisiko tinggi di sekitar Pekan Tuaran, termasuk kedai emas dan pajak gadai, bagi memastikan tahap keselamatan berada dalam keadaan terkawal.


Inisiatif yang dilaksanakan baru-baru ini itu bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan premis perniagaan serta memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah kepada pemilik dan pekerja. Melalui pendekatan proaktif ini, pihak polis dapat mendekati komuniti perniagaan secara langsung bagi berkongsi nasihat keselamatan.


Dalam lawatan tersebut, anggota polis turut berinteraksi dengan pemilik serta pekerja premis. Antara aspek yang diberikan perhatian adalah memastikan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera berfungsi dengan sempurna. Pemilik dan pekerja turut diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap individu atau aktiviti yang mencurigakan di sekitar premis masing-masing.

Menurut sumber dari Balai Polis Tuaran, rondaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak polis dalam memastikan keselamatan premis perniagaan serta orang awam di sekitar Pekan Tuaran sentiasa berada pada tahap yang selamat. Pihak polis berharap dengan kehadiran anggota di lapangan dapat memberi keyakinan kepada masyarakat sekali gus mencegah sebarang insiden jenayah.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page