BANDUAN CETUS KLUSTER BAHARU, KLUSTER TEMBOK TAWAU BANDUAN CETUS KLUSTER BAHARU, KLUSTER TEMBOK TAWAU
top of page
  • Wartawan Nabalu News

BANDUAN CETUS KLUSTER BAHARU, KLUSTER TEMBOK TAWAU


Gambar Hiasan

26 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Tembok - Tawau melibatkan penularan jangkitan di pusat tahanan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster Itu mula dikesan apabila kes indeks, banduan lelaki yang dibawa masuk dari Lokap IPD Lahad Datu ke blok kuarantin di Blok Ehsan pada 11 Jun lalu, disahkan positif dalam saringan hari ke-10 pada 21 Jun lalu.


“Saringan sama turut merekodkan tiga lagi kes positif dalam kalangan penghuni sel terbabit pada 22 Jun lalu.


“Berikutan penemuan itu, saringan kontak rapat yang dijalankan terhadap 61 warga tembok sehingga 23 Jun lalu mendapati lima lagi kes positif terdiri daripada tiga warden dan dua banduan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak sembilan kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page