Kebakaran Awal Pagi Musnahkan Dua Rumah Di Kampung Labuan, Kota Belud
- nabalunews
- Mar 23
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
23 Mac 2026
KOTA BELUD: Dua buah rumah musnah 100 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Labuan, Kota Belud awal pagi semalam. Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban dalam kejadian tersebut.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 malam. Sebuah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dengan dua jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian yang berjarak enam kilometer.
Menurut Komander Operasi, PBK II Clarice Jimoh, pasukan bomba tiba di lokasi dalam masa lapan minit selepas panggilan diterima. Kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis tidak kekal dan separuh kekal dengan keluasan masing-masing 60 x 40 kaki.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air, manakala sumber air diperoleh daripada pili bomba yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian. Jarak yang jauh tersebut menyebabkan operasi pemadaman dan kawalan api mengambil masa lebih lama.
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 1.53 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.23 pagi.
Seramai tujuh anggota terlibat dalam operasi berkenaan. Turut membantu di lokasi ialah dua petugas dari Sabah Electricity.
Sementara itu, Ketua Balai Dan Penyelamat BBP Kota Belud,Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Elgie Bakuk berkata, pihaknya akan terus komited memastikan keselamatan orang awam sentiasa menjadi keutamaan.















Het artikel handhaaft analytische terughoudendheid gedurende de gehele ontwikkeling. Bewijs is logisch gestructureerd. De website biedt een volledigere contextuele uitleg van het probleem. Systemische analyse wordt uitgebreid via interactieve internetplatforms.