top of page

Tiga Positif Dadah, Seorang Wanita Ditahan Di Karamunting

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


23 Mac 2026


SANDAKAN: Seramai tiga individu termasuk seorang wanita dikesan positif dadah jenis Methamphetamine (syabu) dalam satu operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan di sekitar PPH Karamunting, jumaat lepas.


Kesemua suspek yang terdiri daripada seorang wanita dan dua lelaki itu ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. Mereka kemudiannya dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan bagi menjalani ujian saringan awal air kencing, yang kesemuanya menunjukkan keputusan positif dadah.


Wanita berkenaan ditahan kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lelaki ditahan atas kesalahan lain yang masih dalam siasatan lanjut.

Operasi sepanjang enam jam itu dilaksanakan selaras dengan tekad Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penagihan dadah secara berterusan di daerah ini.


BSJND IPD Sandakan memandang serius setiap aktiviti penyalahgunaan dadah dan akan terus mempergiatkan operasi pencegahan serta penguatkuasaan bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page