top of page

Banjir Kilat: Bomba laksana pemantauan di tiga lokasi di Penampang

  • nabalunews
  • Nov 29, 2024
  • 1 min read


29 November 2024


PENAMPANG: Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menjalankan pemantauan banjir di tiga kawasan yang dinaiki air susulan hujan lebat yang berlaku sejak tengah hari tadi.


Operasi yang melibatkan empat anggota yang diketuai Komander Operasi, PBK II Bonney Yong Tze Yap, telah melakukan pemantauan di tiga lokasi yang dinaiki air iaitu Beverly Hills, Pavilon Bundusan, dan Kampung Kibabaig.


Bagaimanapun, tiada pemindahan dijalankan dan Pasukan Bomba hanya menjalankan pemantauan di lokasi yang dinaiki air.


Difahamkan pasukan tiba di lokasi pada jam 3.48 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 petang.


Operasi ditamatkan pada jam 4.45 petang setelah memastikan keselamatan di kawasan terbabit.


Penduduk sekitar dinasihatkan agar terus berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri ketika musim hujan ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page