top of page

Banjir: Lima Sekolah Ditutup

  • nabalunews
  • Apr 11
  • 1 min read


11 April 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengesahkan lima sekolah di daerah Nabawan ditutup selepas terjejas akibat banjir.


Pengarahnya, Datuk Raisin Saidin berkata, semua lima sekolah berkenaan dilaporkan tidak dapat beroperasi pada sesi persekolahan hari ini.


“Jumlah itu dilaporkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pensiangan sehingga jam 12.30 tengah hari tadi.


“Sekolah yang tidak dapat beroperasi akibat banjir diberi kebenaran untuk menggantikan hari yang tertinggal pada Sabtu selepas situasi banjir pulih.


“Jika ada sekolah yang masih dilanda banjir atau laluan ke sekolah dinaiki air, maka sekolah disarankan supaya mengadakan kelas pada hari Sabtu mengikut jumlah hari sekolah ditutup akibat banjir,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Raisin berkata, ia bagi memastikan jumlah hari persekolahan memenuhi 190 hari seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan.


Sementara itu, tinjauan mendapati antara sekolah yang terjejas akibat banjir adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan; Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan; SK Kg Enam; SK Kg Bahagia; dan SK Pementerian.


Terdahulu, Daerah Nabawan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam dan kenaikan paras air di paras bahaya ketika ini.


Pengisytiharan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Nabawan Ts Marshal Anthony pada jam 5.30 pagi tadi

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page