Banjir Sabah: 496 mangsa dipindahkan di dua daerah
- nabalunews
- 5 days ago
- 1 min read

4 Januari 2026
KOTA KINABALU: Banjir di Sabah menunjukkan peningkatan jumlah mangsa apabila seramai 496 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan di dua daerah di negeri ini.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah yang direkodkan setakat 8 malam tadi melibatkan 173 keluarga di Beaufort dan Kota Kinabalu.
Di Beaufort, seramai 338 mangsa terjejas daripada 120 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
Manakala di Kota Kinabalu, seramai 158 mangsa yang terjejas dilaporkan dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir Kampung Darau melibatkan 53 keluarga.
Semalam, Kota Kinabalu telah diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan kenaikan paras air sungai yang bahaya.
Pengisytiharan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.


















Comments