top of page

Bank Rakyat sumbangan RM100,000 kepada 1,000 pelajar menerusi Program Kembali Ke Sekolah di Sarawak

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 27
  • 2 min read
ree

27 Januari 2025


KUCHING: Bank Rakyat, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sumbangan sejumlah RM100,000 kepada 1,000 pelajar kurang berkemampuan daripada 45 buah sekolah di sekitar daerah Kuching, Lundu, Bau dan Padawan.


Program Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah di Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


Ewon berkata, inisiatif itu bertujuan memberikan keceriaan kepada para pelajar memulakan sesi persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.


Beliau turut menggalakkan lebih banyak inisiatif melibatkan kerjasama antara sektor awam, swasta dan masyarakat untuk memastikan tiada golongan tercicir daripada menerima pendidikan berkualiti.


“Syabas kepada pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan Bank Rakyat atas kejayaan melaksanakan program ini yang mencerminkan komitmen tinggi Bank Rakyat dalam memberi sumbangan positif kepada masyarakat yang memerlukan termasuk di kawasan luar bandar,” katanya ketika berucap merasmikan program itu, di sini, hari ini.


Pada majlis itu, turut disampaikan sumbangan RM10,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah sebagai sebahagian daripada usaha membantu memastikan kebajikan kanak-kanak ini terus terpelihara.


Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, inisiatif ini bukan hanya untuk menyalurkan sumbangan dari segi material, tetapi untuk mengangkat martabat golongan yang memerlukan dan memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dalam perjalanan menuju kejayaan.


“Melangkah ke hadapan, Bank Rakyat akan terus memastikan setiap program dan

inisiatif kami memberi manfaat berterusan kepada rakyat Malaysia. Kami

percaya dengan mendukung nilai-nilai tanggungjawab sosial ini, kami dapat

membantu membina masyarakat yang lebih sejahtera dan berdaya saing,” katanya.


Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Haji Zamzaitul Akmal Hisham Ahmad merakamkan penghargaan kepada Bank Rakyat atas keprihatinan membantu memperkasa pendidikan pelajar yang memerlukan khususnya di luar bandar.


“Inisiatif Bank Rakyat ini, merupakan antara usaha yang signifikan, bukan sahaja dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak yang masih bersekolah, tetapi juga terhadap perkembangan pendidikan pelajar,” katanya.


Turut hadir Ketua Setiausaha KUSKOP Dato Sri Khairul Dzaimee Daud, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Sharif dan pegwai-pegawai Kanan Bank Rakyat, Jabatan

Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua, guru-guru dan murid sekolah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page