Bantuan Cari Remaja Hilang
- nabalunews
- May 7
- 1 min read

7 Mei 2025
KOTA KINABALU: Orang ramai diminta membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Bantayan, Inanam, sejak 28 Mac lalu.
Menerusi hantaran IPD Kota Kinabalu di media sosial hari ini memaklumkan, remaja perempuan terbabit dikenali sebagai Cheryl Vivy Roimon.
Katanya, remaja terbabit yang tinggal di Kampung Bantayan, Inanam, di sini, dikatakan memberitahu ahli keluarganya bahawa dia keluar rumah bersama rakannya.
“Bagaimanapun, sehingga kini, remaja terbabit masih belum pulang dan usaha ahli keluarga untuk menghubunginya melalui telefon juga gagal.
“Malah ahli keluarga turut cuba mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan dan kenalan remaja terbabit namun sehingga kini tidak berhasil,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pihak keluarga sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut pihak polis
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Ibrahim Jalani di talian 019-8499062.
“Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membatu siasatan,” katanya.
Tamat
Nama: Cheryl Vivy Roimon
Umur: 14 tahun
Jantina: Perempuan
Bangsa: Sino
Alamat terakhir: Kg Bantayan, Inanam, Kota Kinabalu
Ciri-ciri fizikal:
* Susuk badan: Berisi
* Warna kulit: Kuning langsat
* Warna mata: Hitam
* Bulu kening: Tebal
* Warna rambut: Perang
* Fesyen rambut: Paras dada
* Bentuk mulut: Bibir nipis
Commenti