Bantuan pemulihan banjir haruslah melibatkan peningkatan ekonomi – Mercy Malaysia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bantuan pemulihan banjir haruslah melibatkan peningkatan ekonomi – Mercy Malaysia


8 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR - Menurut Exco Mercy Malaysia, Norazam Abu Samah, bantuan kepada mangsa banjir ketika fasa pemulihan tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada wang ringgit atau membaik pulih kediaman semata-mata.


Beliau menjelaskan bahawa bantuan dari aspek peningkatan ekonomi juga perlu diberi keutamaan agar mereka akan terus bangkit selepas dilanda bencana.


Norazam menjelaskan bahawa perkara ini pernah dilakukan bagi memastikan masyarakat yang terkesan dengan bencana banjir dapat bangkit dengan pantas.


"Ini antara perkaranya lah, bila kita tahu kita boleh juga membuatkan kelompok-kelompok yang mana kelompok ini kita boleh lagi kita tingkatkan dia punya kapasiti dengan latihan-latihan."


Tambah beliau, kaedah seperti ini telah dilaksanakan di Hulu Langat, Selangor dan ia boleh digunakan di negeri-negeri lain yang berdepan bencana banjir.


Norazam menjelaskan bahawa apa yang dilakukan di Jepun selepas banjir dan bencana lain sewajarnya dicontohi oleh semua pihak ketika fasa pemulihan.


Menurut Norazam, kaedah tersebut lebih berkesan dan sepatutnya telah digunakan dalam usaha mengatasi masalah banjir yang sering berlaku.


Beliau menyatakan bahawa kerjasama antara NGO, jurutera dan komuniti dapat membuat satu kajian disebut tinjauan lapangan berkonsepkan tinjauan kampung.


"Ini kita lakukan supaya kita bagi kaedah yang lebih betul untuk dia pasarkan barang-barang jualan dia, ini juga termasuklah menjahit, bengkel dan sebagainya.


“Perkara ini sebenarnya boleh kita kenal pasti sebelum bencana berlaku, kita dah tahu di kampung kita ada berapa ramai yang meniaga dan berapa ramai yang ada bengkel," katanya, dalam program temu bual, Agenda AWANI yang disiarkan pada Selasa.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page