• Wartawan Nabalu News

BANTUAN PRIHATIN COVID-19 2.0 UNTUK RAKYAT SABAH TERJEJAS PKP



16 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM128.98 juta.


“Peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM97.4 juta bagi bantuan ‘one-off’ RM300 seorang untuk seramai 324,661 orang terdiri daripada golongan e-kasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porters, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Hajiji berkata, peruntukan NADMA berjumlah RM31.58 juta adalah untuk perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com