Bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di SabahBantuan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di Sabah



4 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan akan memberikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di Sabah.


Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 secara maya bersama dengan Ketua Ketua Menteri Sabah, Datuk Datuk Seri Hajiji Noor kelmarin.


Beliau turut memberi jaminan untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir Sabah dengan kadar segera.


"Perdana Menteri beri jaminan akan menghantar bantuan itu dalam beberapa hari lagi.


"Setakat ini Sabah telah menerima sebanyak RM200,000 dan RM674,000 lagi diperlukan sebagai bantuan kewangan untuk setiap keluarga yang terjejas.


"Jadi ia adalah baik Kerajaan Persekutuan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan kepada Sabah,” kata Hajiji dalam perkongsian di Facebooknya kelmarin.


Dalam mesyuarat tersebut, Hajiji turut menjelaskan keadaan semasa banjir di Sabah dan semua gerak kerja yang telah dan akan dilaksanakan kepada Perdana Menteri.


Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri akan terus mengedarkan bantuan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Sabah.

bottom of page