Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 dibayar awal pada Januari 2023
top of page
  • Farah Salim

Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 dibayar awal pada Januari 2023


21 Disember 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju untuk meneruskan Bantuan Tunai Rakyat dengan pembayaran Fasa 1 yang akan dibayar awal iaitu pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini.


"Dalam mengutamakan isu kos sara hidup, sebanyak RM300.00 akan diberikan kepada setiap isirumah dan RM100.00 untuk penerima bujang.


"Bayaran Fasa 1 itu akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion.


“Saya berharap, penyaluran awal ini membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” kata Anwar.


Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, kelmarin.


Sementara itu, bagi pekebun kecil getah, Anwar berkata, kerajaan juga bercadang untuk menyalurkan Bantuan Tambahan sebanyak RM200.00, yang juga akan disalurkan pada Januari 2023.


“Kerajaan akan terus memastikan kebajikan para pekebun kecil getah sewaktu musim tengkujuh ini.


"Setakat ini, Kerajaan telahpun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi bulan November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600.00 kepada hampir 320 ribu pekebun kecil getah," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page