top of page

Bantuan Turunkan Pendaki Alami Masalah Kesihatan.

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

6 Februari 2026


RANAU: Seorang pendaki terpaksa diusung turun oleh Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) selepas mengalami masalah kesihatan, hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, mangsa berusia 33 tahun itu dilaporkan mengalami sesak nafas dan sakit dada ketika menaiki Gunung Kinabalu.


Katanya, Pasukan MOCSAR menerima panggilan kecemasan daripada malim gunung mengenai seorang pendaki yang mengalami masalah kesihatan pada 9.41 pagi.


“Pasukan MOCSAR bersama Sabah Park terus bertindak membawa mangsa turun dari kilometer 1, menggunakan stretcher ke Timpohon Gate.


“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Sabah Park dan seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan kenderaan agensi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.14 pagi.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page