top of page

Bapa tiri cabul anak tiri dipenjara 10 tahun, tiga sebatan

  • nabalunews
  • Nov 27, 2024
  • 1 min read


27 November 2024


SANDAKAN: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 kali sebatan kerana mencabul anak tiri perempuan yang berusia 6 tahun.


Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Zaini Fishir @ Fisal, menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh warga tempatan berusia 24 tahun mengaku melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa antara November 2023 sehingga 13 November 2024.


Nenek mangsa telah membuat laporan polis selepas mengetahui perbuatan itu dan susulan itu, tertuduh telah ditangkap di sebuah rumah tidak bernombor di Sandakan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.


Mangsa turut dibawa ke hospital bagi pemeriksaan berkaitan.


Lelaki berkenaan dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak (2017).


Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan sebat.


Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Al-Hakim Abdul Razak.


Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page