top of page

Bapa tiri rakam video isteri dan dua anak tirinya dalam tandas

  • nabalunews
  • 1 minute ago
  • 1 min read

Lelaki rakam video isteri dan dua anak tirinya secara sulit di dalam bilik air di Kg Tanjung Batu Laut, diberkas polis.
Lelaki rakam video isteri dan dua anak tirinya secara sulit di dalam bilik air di Kg Tanjung Batu Laut, diberkas polis.

13 Januari 2026


TAWAU: Perbuatan tidak senonoh seorang lelaki tempatan, 39, yang merakam video isteri dan dua anak tirinya secara sulit di bilik air, akhirnya membawa padah apabila diberkas polis, Ahad lalu.


Suspek disyaki melakukan perbuatan itu di bilik air sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu Laut di sini, yang turut menyaksikan 10 video klip rakaman ditemui.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu ditangkap sekitar jam 8.07 malam selepas mangsa membuat laporan polis pada ham 6.27 petang.


Menurutnya, kejadian terbongkar apabila seorang kanak-kanak perempuan, 12, menemui sebuah telefon bimbit dipercayai milik bapa tirinya disorokkan di dalam tandas rumah mereka dalam keadaan sedang merakam.


"Mangsa kemudiannya menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada ibunya dan menemukan beberapa rakaman video mengaibkan melibatkan dirinya dan anak-anaknya, dipercayai dirakam tanpa pengetahuan mangsa ketika mereka menggunakan bilik air," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Jasmin berkata, suspek tinggal serumah dengan mangsa dipersoalkan oleh ahli keluarga sebelum mengakui perbuatannya.


"Pemeriksaan awal ke atas telefon bimbit yang dirampas mendapati sebanyak 10 klip video disimpan dengan rakaman melibatkan mangsa serta dua orang anaknya,"katanya lagi.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh serta mengaibkan kehormatan mangsa.


Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral dan mencabul privasi orang lain.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page