top of page

Barangan peniaga beroperasi tanpa lesen di KKIP disita DBKK

nabalunews

21 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyita barangan peniaga yang beroperasi tanpa lesen di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di Sepanggar, hari ini.


Tindakan tegas itu dilakukan menerusi operasi bersepadu diketuai Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan DBKK di Jalan 7, KKIP Timur.


Berdasarkan maklumat dikongsikan di laman Facebook DBKK, operasi yang bermula jam 10 pagi itu dilakukan setelah dua notis arahan menghentikan aktiviti menjaja dikeluarkan sebelum ini, namun tidak diendahkan.


Antara disita dalam operasi itu ialah peralatan berniaga seperti kanopi dan meja yang digunakan enam peniaga tidak berlesen.


Tindakan berkenaan dikuatkuasakan mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja (Hawker By-Laws) 1966 atas kesalahan berniaga tanpa lesen yang sah dan di tempat yang tidak dibenarkan.


“Semua penjaja adalah diingatkan untuk menjalankan operasi perniagaan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan demi menjamin keteraturan dan kesejahteraan bandar raya Kota Kinabalu,” kata laporan itu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page