top of page

Baru Dua Hari Keluar Hospital, Fadhilah Tetap Semangat Hadir Majlis Konvokesyen UMS

  • nabalunews
  • 1h
  • 1 min read

ree

4 Disember 2025


KOTA KINABALU: Walaupun baru dibenarkan keluar hospital dua hari sebelumnya, Fadhilah Rahman Mohd Sahidin, 23, tetap bersemangat menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali Ke-27.


Anak kelahiran Semporna itu terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menjalani latihan ilmiah yang mengakibatkan tulang pada bahagian paha beliau patah, manakala tulang tangan kiri pula retak.


Fadhilah tidak sedarkan diri selama dua minggu di pusat rawatan intensif Hospital Semporna.


Setelah sedar, Fadhilah mengambil masa dua minggu lagi untuk menyesuaikan diri akibat kesakitan dan trauma yang dialami.


Fadhilah berkata beliau sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk hadir dalam Majlis Konvokesyen UMS Kali Ke-27, walaupun berhadapan dengan ujian yang berat pada saat akhir pengajiannya.


“Bersyukur sebab saya berjaya juga tamatkan pengajian walaupun banyak ujian yang saya tempuhi.


“Walaupun ayah tidak dapat bersama kerana sedang menjalani rawatan di hospital, saya rasa bersyukur kerana dapat hadir sidang konvokesyen,” tambahnya lagi.


Fadhilah turut berharap agar sembuh dalam masa yang terdekat supaya dapat meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.


Rosminah Daalundong, 49, ibu kepada Fadhilah turut menyampaikan penghargaannya kepada dua orang pensyarah yang sentiasa membantu anaknya untuk menamatkan pengajian sehingga mampu menggulung Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Antropologi dengan Kepujian, sepanjang tempoh pemulihan.


“Syukur Alhamdulliah ada Dr Jalihah dan Dr Sabariah tolong dia (Fadhilah), sampai dia tamat pengajian,” katanya.


Fadhilah merupakan antara 654 graduan dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang berjaya menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda pada tahun ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page