top of page

Bayi Lelaki Ditemui Di Tandas Stesen Minyak

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

2 Januari 2026


PAPAR: Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Bongawan, di sini, awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi terbabit pada jam 1.20 pagi.


Katanya, maklumat penemuan bayi cukup sifat itu diterima daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun.


“Sejurus menerima laporan, sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan sisatan.


“Bayi terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, setakat ini, keadaan bayi terbabit dilaporkan stabil dan berada di bawah pemantauan pihak hospital.


Sementara itu, Heryan berkata, hasil siasatan awal, pihak polis berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun bagi membantu siasatan.


“Siasatan masih dijalankan secara menyeluruh dan kes ini disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.


“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan kebajikan serta keselamatan bayi berkenaan menjadi keutamaan pihak berkuasa,” katanya.


Sehubungan itu, Heryan berkata, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar atau mana-mana balai polis berhampiran.


Pada masa sama, katanya, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan serta sensitiviti kes.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page